Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Syarikat BlackBerry dari Kanada, bekas syarikat telefon bimbit yang kini memberi tumpuan kepada keselamatan siber, akan membuka Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Wayne Robson bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo, petang tadi.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin.

Anwar mengatakan bahawa beliau memberitahu mereka tentang “kedudukan Malaysia untuk terus membuka peluang dan memudahkan cara pelaburan berkualiti yang ingin dibawa pihak luar.

Moga komitmen dan usaha bersepadu yang sedang dilaksana Kerajaan Perpaduan dalam menstruktur ekonomi dapat menarik minat lebih ramai pelabur asing,” katanya.