KERAJAAN Perpaduan bersetuju untuk meningkatkan harga lantai belian padi kepada R FCM1,300 per metrik tan, demi membantu pendapatan pesawah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan menetapkan harga lantai RM1,200 sejak 2014.
“Saya mendengar rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang telah diturunkan kepada tahap minimum RM1,200 per metrik tan sedangkan sebelum ini harga belian oleh pengilang jauh lebih tinggi,” katanya dalam teks ucapan Belanjawan 2024.
Sebelum ini, media melaporkan pesawah di Kedah meminta kerajaan menilai semula harga lantai belian padi oleh pengilang, yang disifatkan terlalu rendah.
Pesawah merungut terpaksa menanggung kos yang tinggi tetapi hasil sedikit berbanding usaha dan masa, semasa harga input pertanian sedang naik dan kos operasi meningkat.
Dalam pada itu, Anwar mengumumkan pentadbirannya bersetuju untuk meningkatkan peruntukan subsidi padi huma daripada RM40 juta kepada RM50 juta.
“Ini antara lain akan dapat meluaskan kawasan penanaman padi bukit daripada 43 ribu hektar,” katanya. -Media Perpaduan