Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

DATUK Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin dalam majlis makan malam di Seri Perdana, malam tadi.

Srettha bersama delegasinya disambut Perdana Menteri di Seri Perdana kira-kira 7.30 malam.

“Mendoakan semoga hubungan akrab dua negara sahabat ini terus makmur dan maju pada masa mendatang, Insya-Allah,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Thailand ke Malaysia, Lada Phumas.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Perdana Putra bagi membincangkan usaha meningkatkan hubungan dua hala.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima menghadap Srettha di Istana Negara.

Srettha kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia, yang bermula 11 Oktober.

Ini merupakan kunjungan sulung beliau ke Malaysia selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 September lalu. -Media Perpaduan