KETUA-KETUA Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara merupakan suara Malaysia di pentas antarabangsa.
Perkara itu diingatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, mereka memainkan peranan penting dalam memberikan naratif yang positif terhadap kestabilan ekonomi dan politik negara.
“Ini terutamanya dalam meyakinkan pelabur-pelabur untuk datang ke negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat daripada seramai 16 orang Ketua Perwakilan yang akan memulakan tugasan di negara penempatan seperti China, Rusia, Australia, India, Itali dan lain-lain.
“Saya doakan semoga semua yang dilantik akan menggalas amanah yang diberikan dengan sebaiknya demi negara yang tercinta,” katanya. – Media Perpaduan