Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

TIDAK perlu menunggu keputusan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk pihak sekolah menutup sekolah sekiranya keadaan jerebu semakin teruk mencapai Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Timbalan Menteri Pendidikan (KPM) Lim Hui Ying berkata, pihak sekolah perlu sentiasa memantau kualiti udara dan bacaan IPU melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

“Menurut garis panduan KPM dalam usaha menangani situasi jerebu, jika bacaan IPU melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar boleh dilaksanakan di sekolah manakala jika ia melebihi 200, sekolah akan ditutup dan pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian.

“Pihak sekolah tidak perlu menunggu kelulusan namun perlu memaklumkan kepada PPD,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jeti Chew di George Town, hari ini.

Hui Ying turut menggalakkan memakai pelitup muka di sekolah dan pelajar perlu minum air dengan cukup.

Ibu bapa juga diminta agar sentiasa meneliti keadaan kesihatan anak-anak serta mengurangkan aktiviti di luar rumah memandangkan kualiti udara yang kurang baik. -Media Perpaduan