Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur warga Felda agar tidak wajar DAP dilihat sebagai musuh.

Beliau menegaskan, DAP merupakan sebuah parti kerajaan yang turut memberikan sokongan kepadanya untuk melupuskan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion.

“Saya bentang di jemaah menteri, kena bentang dalam jemaah menteri nak sign RM83 bilion ini.

“Bila saya bawa (ken kabinet), Datuk Seri Zahid (Hamidi), dia senang, dia sokong. Timbalan Perdana Menteri 2 Fadillah (Yusof) dari Sarawak dia sokong.

“Anthony Loke (Setiausaha Agung) DAP, dia sokong. Dia kata ini untuk orang Felda yang susah, tak ada masalah.

“Yang nak marah DAP ni apa pasal? Kerana dia Cina. Melayu (dalam DAP) pun ada Rara (Young Syefura Othman),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ‘Karnival Segalanya Felda’ di Felda Chemomoi, dekat Bentong, hari ini.

Mengenai kempen pembangkang yang memutar belit dan mengelirukan rakyat, Anwar berkata, jangan termakan dengan kata-kata pemimpin parti politik yang bertopengkan Islam tetapi sarat cerita fitnah dan pembohongan.

Beliau memberi contoh fitnah yang ditaburkan pembangkang sehingga mengelirukan peneroka Felda untuk mempercayai Lembaga Tabung Haji (TH) dijual kepada orang Cina.

“Berapa ramai orang datang ke Felda fitnah kata Tabung Haji telah diambil kerajaan masa itu oleh Lim Guan Eng, dan dijual hak Melayu bagi kepada Cina.

“Ramai yang percaya kerana yang cakap tu kadang-kadang ustaz, dia kadang-kadang pakai kopiah putih, jadi percaya,” katanya.

Menjelaskan mengenainya, Anwar berkata, selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau telah menyemak fail Tabung Haji dan mendapati dakwaan itu tidak benar.

“Yang diambil MOF (Kementeriaan Kewangan) syarikat Tabung Haji yang rugi teruk. Kalau tak ambil TH pun bankrap. Oleh itu semua yang rugi itu dipindah pada SPV (Syarikat Tujuan Khas) bawah MOF.

“Kebetulan Menteri Kewangan tu Lim Guan Eng. (Tapi tuduh) haa dah Cina ni ambil. Dia ambil tu sebagai Menteri Kewangan, ada dia serah kepada Cina?

“Saya nak bagitau. Kita cakap soal Islam, soal akhlak, soal nilai, boleh ke tipu orang, boleh ke fitnah orang?” katanya. -Media Perpaduan