Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SEORANG pemilik syarikat direman empat hari bermula hari ini kerana disyaki memberikan suapan sebuah kereta mewah bagi mendapatkan projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan membabitkan sebuah kementerian bernilai kira-kira RM87 juta.

Menurut laporan Buletin TV3 yang memetik sumber berkata, suspek wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai pemilik syarikat penyelenggaraan dan pembersihan ditahan kira-kira jam 6.50 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

“Suspek disyaki memberikan suapan berupa kereta mewah bernilai kira-kira RM200,000 kepada pegawai kanan kementerian tersebut pada tahun ini bagi mendapatkan projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan bagi tempoh lima tahun yang telah diluluskan pada 2021,” kata sumber.

Perintah reman selama empat hari hingga Jumaat ini dikeluarkan Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar selepas pihak SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -Media Perpaduan