Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KONTINJEN Malaysia akhirnya menuai emas sulung di temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, hari ini.

Selepas empat hari menunggu, pingat emas pertama negara disumbang atlet pelayaran kebangsaan Nur Shazrin Mohamad Latif.

Shazrin dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir ILCA 6 terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan angin, lapor BH.

Ia adalah emas temasya Sukan Asia pertama Shazrin, selepas kejayaan pingat gangsa di Sukan Jakarta-Palembang 2018.

Kejayaan itu turut menyaksikan dia kini menempah tiket secara merit ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan penghargaan tahniah kepada Shazrin atas kejayaan memperolehi pingat emas di temasya berkenaan.

“Emas pertama Malaysia daripada Nur Shazrin Mohamad Latif, sukan pelayaran ILCA 6. Tahniah dan terima kasih Shazrin! Secara merit layak ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya dalam hantaran di Facebook.