Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) mendedahkan sudah mengenal pasti calon yang sesuai untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 4 November depan.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, parti itu sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk PRK.

“Ya sememangnya kami bersedia. Hari penamaan calon nanti, kami akan hantar calon. Siapa dia? Nanti orang Bintulu aturkan,” katanya.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata demikian selepas Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Bioteknologi, Pertanian Pintar dan Keusahawanan Untuk Keselamatan Makanan (BioSFE 2023) UiTM dan National Chung Cheng University Taiwan di Kuching, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 November depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 21 Oktober dan 31 Oktober.

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandang Datuk Talib Zulpilip, 72, akibat komplikasi buah pinggang, hati, jantung dan kencing manis pada 15 September lalu.

Allahyarham Talib menyandang kawasan yang mempunyai seramai 22,084 pengundi berdaftaritu selama enam penggal sejak 1996. -Media Perpaduan