Sorting by

×

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan bahawa inisiatif Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi hanya akan diajar sebagai sebahagian mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan inisiatif Penghayatan Modul Hadis 40 Imam Nawawi dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam sahaja.

“Projek rintis melibatkan melibatkan guru dan murid beragama Islam di Sekolah Mengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan dikembangkan ke sekolah-sekolah dan kelas daripada mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja.”

Beliau berkata begitu setelah mengadakan sesi pertemuan dengan 16 pertubuhan bukan kerajaan dari pelbagai latar belakang agama dan kaum.

Dalam menjamin bahawa modul tersebut tidak akan melibatkan pelajar bukan Islam beliau turut menyatakan bahawa modul berkenaan penting dalam menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.

“Penghayatan Hadis 40 ini juga penting serta signifikan untuk menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.”

Beliau menambah kementeriannya berharap ia akan memberi gambaran sebenar mengenai nilai kesejagatan Islam dan pengamalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia