Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa partinya akan mengambil tindakan terhadap ADUN Rembia Muhammad Jailani Khamis yang telah menghadiri acara kempen Perikatan Nasional di Johor pada hari Rabu.

“Saya akan terima laporan itu dan kita akan lakukan sesuatu,” katanya,” katanya.

Jailani menjadi Adun pada tahun 2018 menggunakan tiket PKR tetapi berpaling tadah pada 2020 dan menyertai UMNO pada 2021.

Beliau yang pernah menjadi Exco di bawah pentadbiran Datuk Sulaiman Md Ali dipecat oleh pentadbiran Datuk Ab Rauf Yusoh pada tahun ini.

Media melaporkan bahawa Jailani menghadiri acara di atas bagi pihak pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Tan Sri Annuar Musa, Muafakat Nasional.