Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional bergabung buat kali pertama di Johor menerusi pilihan raya kecil bagi kawasan parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Menurut calon dari Parti Amanah, Suhaizan Kaiat ia merupakan satu sejarah politik Johor.

“Satu sejarah tercipta buat pertama kali dalam sejarah Johor jentera pilihanraya PH dan BN bergabung untuk hadapi PRK. Dipengerusi oleh bekas Exco Kerajaan Negeri Tn Hj Dzulkefly Ahmad,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pilihanraya tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Gabungan PH-BN mempertaruhkan calon Amanah untuk kedua-dua kerusi tersebut. Nazri Abdul Rahman bertanding di Simpang Jeram.