Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Amirudin Shari mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang untuk penggal kedua pagi ini.

Majlis angkat sumpah tersebut berlangsung di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Baginda turut mengurniakan surat watikah pelantikan kepada Amirudin.

Sebelum ini terdapat ura-ura bahawa Menteri Besar yang baru akan dilantik. Antara nama yang diuar-uarkan ialah Adun Seri Setia Dr Fahmi Ngah.

Amirudin turut mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Diraja Selangor. Ini kerana Menteri Besar adalah sebahagian daripada dewan tersebut.