Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah melantik 10 orang anggota sebagai ahli majlis mesyuarat negeri Selangor.
Selain Borhan Aman Shah (PH-PKR), Ng Sze Han (PH-DAP) dan Izham Hashim (PH-DAP), anggota majlis lain adalah anggota baru.
Ng Suee Lim (Sekinchan-DAP) merupakan mantan speaker DUN.
Dari sudut bilangan anggota dan parti, DAP mendapat empat exco, PKR tiga, Amanah dua dan Umno kembali ke dalam barisan pentadbiran menerusi Rizam Ismail.
Dua wanita membarisi majlis mesyuarat negeri iaitu Jamaliah Jamaluddin dari DAP dan Anfaal Saari dari Amanah manakala segelintir ahli PKR kecewa kerana calon exco India turut diperoleh oleh DAP.
Kesemua mereka telah mengangkat sumpah jawatan mereka sebentar tadi. Amirudin mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pagi ini.
Berikut adalah senarai lengkap ahli majlis mesyuarat negeri:
- Dr Fahmi Ngah – Seri Setia (PH-PKR)
- Najwan Halimi – Kota Anggerik (PH-PKR)
- Borhan Aman Shah – Tanjung Sepat (PH-PKR)
- Ng Sze Han – Kinrara (PH-DAP)
- Ng Suee Lim – Sekinchan (PH-DAP)
- Jamaliah Jamaluddin – Bandar Utama (PH-DAP)
- Papparaidu Veraman – Banting (PH-DAP)
- Ir. Izham Hashim – Pandan Indah (PH-AMANAH)
- Anfaal Saari – Taman Templer (PH-AMANAH)
- Rizam Ismail -Sungai Air Tawar (BN-UMNO)
Portfolio mereka akan diumumkan pada hari Rabu.