Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Naib presiden Amanah Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa pentadbiran PAS Kelantan di bawah Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyebabkan pemikiran Islam ala PAS takfiri siyasi berleluasa.

“Ucapan MB Kelantan yang baharu pada kuliah Jumaat di Kota Bharu kelas mengisyaratkan dua ADUN pembangkang dari PH-BN sebagai tontonan “hok lawe perjuangan Isle”.

“Jelaslah pemikiran takfiri siyasi menguasai pemikiran kerajaan negeri Kelantan iaitu pemikiran menganggap seteru politik sebagai tidak memperjuangkan Islam dan mereka sahaja secara eksklusif perjuangkan Islam.

“Kesan pemikiran takfiri siyasi memecahbelahkan masyarakat dan memburukkan imej Islam yang dipenjarakan secara monopoli politik.

Mujahid menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk menegur unsur yang boleh menjejaskan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Nassuruddin menggunakan terma “hok lawe perjuangan Isle” untuk merujuk kepada Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dari Amanah dan Adun Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim dari UMNO.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh turut menempelak Nassuruddin.

Parti politik ini bukan agama. Sejak dari merdeka sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Islam tetap terbela dan dimartabatkan di bumi Malaysia walaupun pada ketika itu, bukan Pas yang memerintah.

“Malah Malaysia ketika itu cukup dikenali di seluruh dunia sebagai antara model negara Islam terbaik di dunia.

“Bukan itu sahaja, Umno pada ketika itu adalah tunjang parti kerajaan dan tidak pernah sekali pun menyatakan sesiapa yang tidak menyokong parti itu maka tidak memperjuangkan Islam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.