Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Gabungan PH – BN wajib sekat Gelombang Hijau Perikatan Nasional (PN) sebelum ia menjadi ancaman di dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Pulai dan Simpang Jeram pada 9 September kata ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Sentimen ‘Gelombang Hijau’ ini boleh merebak jika tidak dikawal. PN terutama PAS ada di merata tempat dan mereka tetap mencuba walau kerusi ditandingi tewas.

“Kita tidak mahu perkara sama berlaku di Selangor melanda Johor. Dahulu PAS cuma ada lima kerusi, namun sekarang bersama PN mereka ada 22 kerusi di negeri itu,” kata Ahmad selepas program Pemimpin Bersama Masyarakat Madani peringkat DUN Pulai Sebatang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pontian.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan menambah bahawa PH – BN perlu memberi penjelasan mengenai penubuhan Kerajaan Perpaduan dan rasional DAP di dalam gabungan pakatan tersebut.

Untuk rekod, Bersatu mempunyai dua kerusi – Bukit Kepong dan Endau manakala PAS memiliki kerusi Maharani.

Dalam perkembangan berkaitan Amanah telahpun menamakan Suhaizan Kaiat sebagai calon Pulai dan Nazri Abdul Rahman sebagai calon Simpang Jeram pagi tadi.

PRK diadakan susulan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.