Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mantan perdana menteri Tan Sri Mahiaddin dari empat tuduhan salah guna kuasa.

Timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menyatakan bahawa rayuan tersebut akan difailkan petang ini dan permohonan penangguhan dua lagi tuduhan penggubahan wang haram.

“Buat masa ini kita terima keputusan mahkamah tetapi kita akan memfailkan rayuan petang ini,” katanya.

Pagi ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Mahiaddin untuk membatalkan empat tuduhan salah guna kuasa untuk memperoleh rasuah yang berjumlah RM232.5 juta untuk parti Bersatu.