Gabungan PH-BN berjaya menewaskan gelombang hijau Perikatan Nasional di Selangor, kata calon Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
“Pasukan Perpaduan yang baru dibentuk 3 bulan yang lalu di Selangor ternyata berjaya menewaskan gelombang hijau yang telah direkayasa semenjak Februari 2020.”
Beliau turut menyatakan pasukannya bersedia untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor.
“Pasukan Perpaduan bersedia untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor. Keputusan pilihan raya ini seterusnya akan dipersembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.”
Beliau turut memberikan jaminan bahawa kerajaan yang akan dibentuk akan mewakili setiap rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik.
“Kerajaan Perpaduan ini akan mewakili setiap rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik mereka. Saya menggesa semua pihak menghormati mandat rakyat dan menghentikan segala adu domba yang bersifat memecahbelahkan masyarakat dan menganggu-gugat kestabilan negeri.
“Pasukan Perpaduan Negeri Selangor ini bersedia untuk melaksanakan semua perancangan serta ikhtiar polisi yang telah ditawarkan sebelum ini.”
Gabungan PH-BN berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan di Selangor