Gabungan PH-BN mendahului kerusi yang dimenangi mereka di Negeri Sembilan.
Calon PH Sri Tanjung Dr Raja menang dengan 8,239 dan majoriti 3996 undi.
Zabidi Ariffin hanya memperoleh 4243 undi.
Di Pilah Noorzunita Begum Mohd Ibrahim memperoleh 6,222 undi dan majoriti 1079 undi berbanding cikgu Rafiei yang hanya mendapat 5143 undi.
Setakat ini Perikatan Nasional hanya menang di Gemas dan Bagan Pinang.
BN menang di Chembong, Johol, Seri Menanti dan Gemencheh.
PH pula turut menang di Repah, Lukut, Temiang, Lobak dan Bahau.
Negeri Sembilan mempunyai 36 DUN.
Dalam perkembangan berkaitan pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Aminuddin Harun telah mengumumkan bahawa gabungan PH-BN telah secara rasmi memenangi 31 dari 36 kerusi DUN.
PH menang 17 manakala BN, 14.