Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Berdasarkan keyakinan gabungan PH-BN akan kembali ke tampuk pentadbiran, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa beliau dan pasukannya akan melaksanakan lima perkara yang telah pun diumumkan dalam manifesto dalam tempoh 100 hari.

Lima perkara tersebut adalah:

pemberian RM1,000 kepada 5,000 wanita bekerja bagi mengurangkan kos penjagaan anak-anak.

pengecualian cukai pintu utk rumah kampung, rumah kos rendah.

Baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 untuk 1000 mahasiswa Selangor.

Kenaikan elaun imam, bilal dan siak.

500 petani, pesawah dan nelayan akan menerima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor berjumlah RM 1000.

Amirudin turut bersetuju mengumumkan 14 Ogos sebagai cuti peristiwa.

“Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos 2023 iaitu pada Hari Isnin depan.”

Beliau turut merakamkan penghargaannya kepada seluruh jentera PH dan BN di kesemua 56 kawasan dewan undangan negeri