Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap mantan timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy akan meneruskan usaha memainkan peranan positif membantu kerajaan dalam pelaksanaan Malaysia Madani.

“Ramasamy sahabat saya dan tentu (dia) dapatkan pandangan terlebih dulu dan saya faham keadaan itu, …yang ada masalah khusus dalam parti.

“Saya harap beliau dapat mainkan peranan positif dalam membantu kerajaan meneruskan pendekatan madani.” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik hari ini.

Beliau percaya tindakan Ramasamy yang juga mantan Adun Perai adalah berkaitan masalah dalaman DAP namun beliau faham tindakan tersebut.

Pagi ini, Ramasamy telah mengumumkan bahawa beliau keluar parti berkuatkuasa serta – merta.