Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengasas Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad menuntut pampasan RM200 juta dan permohonan maaf dari Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam salam fitnah yang difailkan oleh mereka.

Ini ekoran dari kenyataan fitnah Sanusi di sesi Jelajah Mega PN Best di mana Sanusi mendakwa Tan merupakan tauke Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Berikut adalah tuntutan lengkap yang dibuat oleh Tan dan Berjaya Land:

  • tarik balik semua kenyataan fitnah yang merujuk kepada Tan dan Berjaya Land.
  • permohonan maaf yang diterbitkan di platform yang akan ditentukan oleh pasukan peguam.
  • kenyataan bertulis Sanusi bahawa beliau akan berhenti dari berkongsi kenyataan di dalam apa jua bentuk.
  • pembayaran pampasan sebanyak RM200 juta kepada Tan dan Berjaya Land.

Kegagalan melunaskan tuntutan di atas menjelang petang besok akan mengakibatkan tindakan undang-undang dimulakan.

Dalam pada itu Tan dan Berjaya Land juga membuat laporan polis terhadap Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin yang dikenali sebagai Chegubard dan Raja Petra Kamarudin ekoran kenyataan mereka berhubung Projek SMG di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah.

Jika disabitkan kesalahan, seseorang boleh dipenjarakan selama dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Amirudin turut mengumumkan tindakan mahkamahnya terhadap Sanusi.