Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang mencetuskan kontroversi dengan menghalang dan menghalau presiden Gerakan Dominic Lau semasa Ceramah Mega PN Best yang disertai Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu memilih untuk membisu seribu bahasa.

Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim bertindak begitu meskipun Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah meminta maaf kepada pemimpin parti rakan dalam Perikatan Nasional.

Tiada komen,” jawab Iszuree kepada media menerusi pesanan WhatsApp.

Takiyuddin berkata Lau patut diberikan penghormatan yang wajar dan munasabah.

“Dalam suasana politik semasa yang dicemari oleh naratif cauvinis dan melampau, maka sebagai sebuah parti Islam yang tertua dan besar, PAS percaya kita bertanggungjawab bukan sahaja untuk menunjuk arah kepada politik matang dan sederhana, malah bertanggungjawab untuk memberi pertolongan dan perlindungan kepada pihak-pihak yang memerlukannya,” kata Takiyuddin.

Lau dihalang menyertai pimpinan PAS Ceramah Mega PN Best tersebut pada hari Selasa.

Sepatutnya Iszuree meminta maaf tetapi berdasarkan kelakuannya dan rekod PAS, maaf adalah sesuatu yang sukar dituturkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng mendesak agar PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap Iszuree.

Beliau turut menasihatkan Lau untuk menerima realiti layanan oleh PAS.

“Video itu menunjukkan Lau diusir. Apa yang kamu cakap ni? Jangan tipu diri sendiri, semua orang mentertawakan (kamu),” kata Lim.