Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju mewujudkan Kursi Tun Dr Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai perhargaan kepada legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran mantan timbalan perdana menteri tersebut yang berteraskan perpaduan dan integrasi kaum.

“Semoga lebih banyak penyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan adanya kursi ini,” kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau membuat kenyataan ini sempena dengan penganjuran Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan Dr Ismail dalam membangunkan negara ini.