Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Dato’ Seri Amiruddin Shari mengemukakan 53 tawaran di bawah lima tekad utama dalam manifesto PH-BN, Kita Selangor.
Tawaran atau tekad pertamanya ialah meningkatkan ekonomi dan tahap pendidikan agar rakyat mendapat peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi.
Sebanyak 100,000 peluang pekerjaan sebegitu ditawarkan.
Tekad kedua ialah berkaitan agama. Pendidikan agama, bantuan bendidikan, subsidi haji.
Pendigitalisasian perkhidmatan merupakan antara perkara yang ditawarkan di bawah tekad ketiga – perkhidmatan kerajaan cekap dan efisien.
Tekad keempat ialah pembangunan mampan. PH-BN menawarkan 200,000 unit rumah tiga bilik dan dua bilik air pada harga di bawah RM250,000 di bawah tekad ini.
Selain itu penyelesaian kepada masalah kesesakan trafik , sistem pengasingan sisa dan peluasan penggunaan bas mini dan van ke setiap daerah akan dilaksanakan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap kereta.
Di bawah tekad Selangor sebagai negeri penyayang, sebanyak 12 usaha diperkenalkan untuk golongan tertentu seperti wanita, kanak-kanak dan pelajar.