Gombak Setia, Hulu Kelang, Sungai Tua antara kerusi panas di Selangor. Ketiga-tiganya di bawah parlimen Gombak
Gombak Setia menyaksikan pertandingan di antara penyandang Hilman Idham (Perikatan Nasional) dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Kepentingan kerusi – kerusi boleh dilihat dari kemunculan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Anwar sendiri mengiringi calon Pakatan Harapan – Barisan Nasional disitu iaitu Megat Zulkarnain Omardin untuk Gombak Setia, Juwairiya Zulkifly untuk Hulu Kelang dan Datuk Seri Amirudin Shari untuk Sungai Tua.
Misi Juwairiya sekarang adalah untuk menidakkan kemunculan pengerusi Perikatan Nasional Selangor Datuk Seri Azmin Ali sebagai pembuat dasar di dewan negeri menerusi Hulu Kelang.
Rata-rata penganalisa politik yakin Selangor akan dapat dipertahankan dan ini bermakna Amirudin akan kembali memimpin Selangor.
Secara keseluruhannya, lebih 500 calon dijangka menghantar borang pencalonan mereka untuk bertanding di 245 kerusi DUN bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan, dan untuk PRK Kuala Terengganu.
PRN di enam negeri ini menyusuli Perlis, Perak dan Pahang yang mengadakan pilihan raya serentak dengan PRU15 pada November tahun lalu.
Ini kali pertama gabungan parti politik bekerjasama secara keseluruhan. Ini benar untuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan ekoran dari penubuhan kerajaan perpaduan.
Dua parti lain yang turut bekerjasama ialah Muda dan PSM.