Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Majlis Pimpinan PKR Kelantan telah menamakan setiausahanya Zinda Khalil Sastro Hassan sebagai calon Pakatan Harapan untuk DUN Tanjung Mas.

Menurut timbalan pengerusi Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain pihaknya telah dimaklumkan perkara tersebut oleh kepimpinan pusat semalam.

“Jawatankuasa pilihanraya pusat telah meminta agar calon menyediakan dokumenyang diperlukan dan dia dijangka menerima surat watikah dari presiden parti di Terengganu hari ini,” katanya.

Semalam media melaporkan bahawa pengerusi PH Kelantan Muhammad Husain menyerahkan kata putus untuk menentukan calon kerusi Tanjung Mas kepada pimpinan pusat.

Pada peringkat awal, Amanah sepatutnya bertanding kerusi tersebut tetapi perancangan telah diubah apabila Amanah diperuntukkan DUN Kota Lama.

PH di Kelantan – PKR dan Amanah – bertanding sebanyak 14 kerusi di Kelantan manakala 31 lagi ditandingi calon BN.