Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan satu lagi inisiatif untuk rakyat iaitu Kasih Sayang Ibu dan Si Manja dengan penyertaan dari 11 jenama barangan bayi.
Ia bertujuan untuk membantu ibu bapa yang berhadapan dengan masalah kenaikan harga barangan bayi termasuk susu formula untuk bayi.
Melalui pakej Ibu dan Si Manja ini, KPDN dengan kerjasama pasaraya Mydin, menawarkan harga yang barangan bayi khasnya susu yang mampu dibeli.
Salahuddin ketika melancarkan inisiatif ini berharap, inflasi akan terkawal di negara ini.
“Kita berharap komitmen dari syarikat multinasional akan membantu rakyat.
“Kita berharap inisiatif yang dijalankan oleh Mydin ini akan diikuti oleh pasaraya yang lain,” kata Salahuddin.
Sebelum ini, menjadi sungutan di kalangan ibu bapa yang memiliki bayi tentang harga barangan bayi khasnya susu formula untuk bayi yang mahal harganya.
Ekoran itu, inisiatif Payung Rahmah yang dilancarkan oleh Salahuddin ini sudah tentu dinanti-nanti oleh ibu bapa.
Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin, 11 jenama dari 11 syarikat barangan bayi multinasional menyertai inisiatif untuk mengurangkan harga barangan keperluan bayi ini.
Ia termasuklah Carry Junior, Diapers, Dryfirst, Fernleaf, Dugro, Dutchlady, Huggins, Nestle Cerelac dan lain-lain lagi.
“Pengurangan harga ini tidak melibatkan subsidi kerajaan tetapi sokongan dari 11 jenama barangan ini,” karta Ameer Ali.