Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pilihan raya kecil (PRN) kerusi parlimen Kuala Terengganu telah ditetapkan berlangsung serentak dengan pilihanraya negeri (PRN) pada 12 Ogos, umum Suruhanjaya Pilihan Raya tengah hari tadi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Hari penamaan calon juga sama dengan PRN iaitu 29 Julai manakala pengundian awal ialah pada 8 Ogos

“SPR menubuhkan empat penguat kuasa pilihan raya yang turut dianggotai wakil polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil- wakil calon bertanding,” kata Ghani.

Ini adalah PRK pertama susulan pilihan raya umum ke-15.

PRK ini diadakan setelah Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim dari PAS.

Keputusan tersebut diambil setelah Datuk Mohd Zubir Embong berjaya membuktikan bahawa terdapat unsur rasuah dalam kemenangan Ahmad.

Ahmad memenangi kerusi Kuala Terengganu dengan majoriti 40,907 undi dalam pertandingan empat penjuru.