Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dijangka kekal sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menang dalam pilihan raya negeri Selangor pada 12 Ogos.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah berdasarkan prestasi pentadbiran baik Amirudin.

“Kita mencadangkan Amirudin kekal sebagai Menteri Besar kerana pertumbuhan ekonomi negeri baik.

“Suku tahun pertama menunjukkan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus di Selangor paling tinggi berbanding China dan Singapura,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di MSekin Wonderland, Sekinchan.