Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden Pas Tan Sri Hadi Awang merangkap Ahli Parlimen Marang mula meratib DAP sekali lagi dalam Harakah Daily sudah lupa bahawa beliau sendiri telah berkempen untuk calon DAP – Dyana Sofya Mohd Daud – di Teluk Intan pada 2014 menentang calon parti rakan Perikatan Nasional sekarang – Gerakan.

Berikut adalah hujah yang digunakan sebagai asas untuk meyokong DAP dan Dyana.

“Di masa itu DAP menentang darurat. DAP membela kita di masa itu. Kita tidak lupa jasa ini. Maka kita rasa tanggungjawab untuk tolong balik DAP yang pernah bela kita masa darurat Kelantan tahun 1978.

“Walaupun dia ada sangat perkara berbeza, halal, haram, arak, daging babi, hukum hudud macam-macam perkara ini berbeza. Tapi banyak perkara yang sama.

“Menentang rasuah, menentang kezaliman, menentang tak bagi hak kepada rakyat, tak bantu rakyat miskin, memerintah tak betul. Ini sama kita dengan DAP. Maka kita boleh sama di atas perkara yang sama ini,” katanya semasa berkempen pada 26 Mei 2014.

Beliau menulis artikel bertajuk “Sekularisme dan Malaysian Malaysia” wajib ditolak di ruangan Minda Presiden, Harakah Daily.

Sudah lupakah Hadi bahawa DAP ketika PAS bersamanya adalah DAP yang sama sekarang.

Hadi ialah orang yang menyatakan bahawa DAP dan PAS ada titik persamaan.

Sepatutnya Hadi memarahi Gerakan hari ini yang menyokong Ordinan Darurat dikenakan ke atas Kelantan dalam dekad 1970-an.

Tetapi ini tidak berlaku.

Apakah Hadi musang berbulu ayam kerana sanggup bersekongkol dengan Gerakan dan menganaktirikan Kelantan?