Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) akan menjadi antara agenda penting Kerajaan MADANI bagi merombak serta melonjak pembangunan sosioekonomi Bumiputera secara menyeluruh.

Perdana Menteri berkata, usaha itu penting supaya sosioekonomi Bumiputera dapat berkembang maju secara progresif dan inovatif.

Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian melalui hantaran di Facebook susulan Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikannya petang tadi.

Mesyuarat itu membincangkan dengan teliti kerangka perjalanan KEB 2024 yang akan berlangsung minggu ini dari 29 Februari hingga 2 Mac 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Selari dengan konsep dasar dan penyertaan yang merentasi dimensi kaum, mesyuarat hari ini turut mendengar pandangan daripada wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India dan juga Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Menjadi harapan kerajaan supaya kongres ini berjaya mengumpul idea-idea bernas dan menjadi titik tolak kepada perencanaan Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.-BH Online