Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadikan kerajaan pimpinannya ‘longgar’ dalam memerangi rasuah.

Perdana Menteri menegaskan, dakwaan terbabit tidak benar kerana proses badan kehakiman membabitkan isu rasuah masih diteruskan.

“Tiada ugutan. Malah (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada di sini. Dia tak pernah beri kata dua kepada saya. Ada hak dia atau parti memohon supaya Perdana Menteri dan Lembaga Pengampunan beri pertimbangan.

“Sama ada saya suka atau tidak, rakan atau musuh politik, prinsip keadilan dan proses itu harus dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.-Berita RTM