Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah tidak akan campur tangan dengan sebarang pencaturan politik.

Perdana Menteri itu berkata, titah baginda tersebut dimaklumkan ketika beliau menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok.

“Hari ini saya menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet bersama Yang di-Pertuan Agong dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Baginda juga bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara.

“Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Anwar, beliau juga turut menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.

“Daulat Tuanku!,” tulisnya.-Kosmo! Online