Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulas mengenai tiada keperluan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri seperti dicanangkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Perdana Menteri berkata, sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga hari ini calon Perdana Menteri adalah orang Melayu.

“Selepas ini calon daripada kerajaan pun Melayu, calon pembangkang pun Melayu.

“Jadi maju terus, hak rakyat, kewarganegaraan kita pelihara, jaga kepentingan semua rakyat, semua kaum dan semua wilayah,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di Surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi.

Semalam, Ahli Parlimen Machang itu berkata Perdana Menteri menikmati sokongan besar diperlukan untuk meminda Perlembagaan termasuk lima Ahli Parlimen Bersatu yang mengalih sokongan kepadanya.

Langkah itu katanya dapat menamatkan pertikaian berhubung isu berkenaan seperti dibangkitkan veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, baru-baru ini.