Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di Seri Perdana dalam usaha Malaysia dan Belanda mengukuhkan lagi hubungan bilateral.
Rutte tiba di Malaysia semalam bagi lawatan kerja dua hari, yang kedua ke negara ini selepas lawatan sulungnya pada 2014.
Rutte disambut Anwar sebaik tiba di kediaman rasmi Seri Perdana sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Belanda selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Anwar menghoskan majlis jamuan tengah hari sempena lawatan kerja Rutte ke Malaysia selepas pertemuan berlangsung hampir sejam. – Media Perpaduan