Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengadakan perbualan telefon bersama Perdana Menteri Palestin bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza pagi ini.

“Kami berdua sepakat bahawa perlunya usaha tuntas bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan yang berlaku ketika ini”.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusian disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin”.

“Saya juga menerima penjelasan terkait serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam, sayugia kami berdua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut”, ujar beliau melalui ciapan beliau di X.

Konflik Israel-Palestin telah menerima pelbagai reaksi daripada dunia, dan konflik ini perlu dihentikan segera kerana telah mengorbankan ramai nyawa kebanyakan terdiri daripada orang awam yang rata-rata adalah kanak-kanak dan wanita.