Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa responsif dalam memberikan sokongan kepada bakal pelabur untuk memastikan kelulusan projek dapat dipermudahkan.

Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi (TRACK) di MIDA turut komited untuk memastikan proses pelaksanaan projek berjalan lancar bagi menyumbang ke arah Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.

Kerajaan juga telah mengambil pendekatan dalam reformasi pentadbiran melalui penubuhan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) di bawah MITI yang akan memastikan pelaburan terus antarabangsa dan domestik dan perdagangan dapat direalisasikan sesegera mungkin.

Beliau berkata jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan MIDA sebagai ahli tetap manakala kementerian dan agensi berkaitan yang lain termasuk wakil kerajaan negeri akan dijemput mengikut keperluan.

Tengku Zafrul berkata status kemajuan pelaksanaan projek-projek pelaburan yang dimeterai semasa lawatan kerjanya ke luar negara akan dilaporkan oleh JTPPP kepada Majlis Pelaburan Negara (MPN) secara berkala dan kepada media massa berdasarkan keperluan.

Katanya misi perdagangan dan pelaburan ke China pada 29 Mac hingga 3 April lepas dianggarkan meraih potensi pelaburan berjumlah RM170 bilion.