Sorting by

×
Screenshot
Hantar Berita Ini:

ISTANBUL: Lebih ramai pelajar Malaysia berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Turkiye tahun depan apabila MARA merancang untuk menggandakan jumlah pengambilan pelajar tajaannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu sebahagian usaha memperkukuh hubungan akademik antara kedua-dua negara.

“Saya akan memastikan sekurang-kurangnya MARA menghantar dua kali ganda jumlah pelajar ke universiti sama tahun depan,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam bersama pelajar Malaysia dan kakitangan Kedutaan Malaysia di Turkiye di sini, malam tadi.

“Saya akan memastikan sekurang-kurangnya MARA menghantar dua kali ganda jumlah pelajar ke universiti sama tahun depan,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam bersama pelajar Malaysia dan kakitangan Kedutaan Malaysia di Turkiye di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Dua Hala) Kementerian Luar, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin dan Konsul Kehormat Malaysia di Bursa, Turkiye, Datuk Cevdet Sefer.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan lawatan kerja empat hari ke Turkiye bermula 5 hingga 8 November ini.

Zahid berkata, kumpulan pertama pelajar berkenaan dijangka membuktikan kemampuan sebagai antara yang terbaik dalam bidang masing-masing selepas menamatkan pengajian selama empat tahun.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, keputusan menghantar 17 pelajar berkenaan dibuat susulan perbincangan dengan kerajaan Turkiye bermula April lalu.

Beliau berkata, kumpulan pertama pelajar itu dihantar pada September lalu, susulan arahan Ahmad Zahid supaya inisiatif berkenaan dilaksanakan dalam tempoh singkat.

“Ini bukan pelajar biasa. Mereka adalah antara yang terbaik, dipilih daripada dua kolej persediaan MARA selepas menunjukkan pencapaian cemerlang sejak peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Ahmad Zahid menghadiri majlis makan malam itu bersama 17 pelajar tajaan MARA yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Sabanci.

Pelajar berkenaan mengikuti pengajian dalam bidang sains komputer dan kejuruteraan, kejuruteraan mekatronik, biologi molekul dan bio-kejuruteraan, sains data, kewangan, sains bahan serta kejuruteraan elektronik.-BH Online