Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan antara antara RM5 bilion hingga RM6 bilion bagi kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata ketika ini pihaknya hanya menerima peruntukan sebanyak RM3 bilion.

Katanya, peruntukan berkenaan masih belum dapat menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhannya.

“Oleh sebab itulah, tidak boleh diturapkan semua jalan itu kembali.

“Jadi penyelenggaraan sentiasa bermasalah dari tahun ke tahun. Kita hanya boleh menurap kawasan-kawasan yang bermasalah.

“Jadi kita harap kerajaan akan ada wang tambahan untuk memastikan penyelenggaraan dilakukan dengan sempurna,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung komitmen menyelesaikan isu kualiti turapan secara menyeluruh menerusi peruntukan khas. -BH Online