Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

MELAKA: Kerajaan menafikan syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam pembakaran hutan di Indonesia seperti didakwasebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara itu.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pemantauan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati kebakaran yang dikesan bukan bermula di ladang milik syarikat Malaysia.

Sebaliknya, beliau berkata, api merebak dari kawasan lain.

“Syarikat perladangan tertakluk kepada piawaian kelestarian yang melarang pembakaran terbuka, termasuk Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) dan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO),” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan NGO berkenaan mengaitkan 21 syarikat mempunyai hubungan dengan Malaysia, sebagai berperanan dalam kebakaran hutan dan tanah di negara itu. -BH Online