PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tidak akan membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementerian hanya akan berbelanja berdasarkan peruntukan dinyatakan dalam Ucapan Belanjawan atau jumlah yang diluluskan.
“Tidak pernah ada sebuah kementerian yang membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan? Apa yang dibelanjakan itu secara tidak langsung menjawab soalan KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan).
“Berapa peruntukan yang ada? Mana ada bajet yang cantik. Mana mungkin KKDW akan membelanjakan bajet melebihi daripada apa yang dinyatakan dalam Ucapan Belanjawan atau apa yang diperuntukkan,” katanya.null
Beliau berkata demikian ketika berucap Sesi Pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik Pusat Komuniti Desa (PKD) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sini, hari ini.-BH Online
