Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini mengadakan sesi ‘Jom Mengopi Dengan Steven’ untuk mengeratkan hubungan antara Menterinya, Steven Sim dengan pengamal media tempatan. 

Pada majlis yang berlangsung di Restoran Seri House, Seri Negara di sini, selain bertukar fikiran, Sim turut mengambil peluang berkongsi perkembangan KUSKOP di bawah terajunya.

Pada masa sama, beliau turut menerangkan tentang hala tuju termasuk aspirasinya selepas diberi mandat mengemudi KUSKOP, selepas berhijrah dari Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). 

Pada program itu, BH diwakili Pengarang Berita Kanan, Datuk Sariha Mohd Ali dan NST diwakili Pengarang Bersekutu, Najmuddin Ahmad Najib.-BH Online