Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 20 Mei– Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul telah menerima notis peletakan jawatan Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa berkuat kuasa pada 18 Mei.

Tan Sri Johari menerusi kenyataan hari ini berkata telah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka dua kerusi Parlimen itu selaras dengan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang keputusan berkaitan pelaksanaan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa bagaimanapun tertakluk kepada pertimbangan serta keputusan SPR,”jelasnya.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen masing-masing serta keluar daripada parti itu, berkuat kuasa pada 18 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan kedua-dua pemimpin berkenaan pada sidang media sempena Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik Rafizi dan Nik Nazmi, Ahad lepas.-Berita RTM