Oleh Noraini Nordin
( Ulasan Khas DSA & NATSEC Asia 2026)
Nama Malaysia terus mengharum dan menjadi tumpuan dunia susulan kejayaan gemilang penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (NATSEC) Asia 2026 yang berlangsung pada 20 April dan selamat melabuhkan tirai semalam di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di Kuala Lumpur.
Pada saat banyak negara-negara dunia yang terkesan dengan Konflik Asia Barat dan Krisis Global yang berterusan –
Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hilang fokus atau ikut membeku dalam menghadapi kemelut krisis global .
Sebaliknya, Malaysia terus mara melakar kegemilangan tersendiri dengan meneruskan acara-acara bertaraf dunia dan menonjolkan diri menjadi tuan rumah yang diyakin oleh komuniti antara bangsa.
Melalui kepimpinan PMX , Malaysia berjaya mengekalkan kestabilan ekonomi serta menjana produk bernilai tinggi kekal menjadi teras menarik minat pelabur global untuk terus memilih negara ini sebagai destinasi pelaburan utama.
PERKAMPUNGAN DUNIA YANG BERJAYA
Menyusuri kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah DSA dan NASTSEC jelas dapat dilihat kemampuan yang dipamerkan oleh negara ini.
Malaysia sekali lagi telah menjadi perkampungan dunia yang berjaya menghimpunkan lebih 1,456 syarikat daripada 63 buah negara dalam suasana yang amat terurus, selamat serta harmonis.
Majlis perasmian dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tahun ini merupakan edisi ke-19 ia diadakan.

Penulis yang turut `berkampung’ di MITEC , berpeluang menyaksikan himpunan delegasi syarikat-syarikat gergasi tempatan dan luar negara daripada sektor pertahanan dan keselamatan mengadakan perundingan serta semangat diplomasi tahap tinggi.
Acara yang berlangsung lancar, jelas membuktikan keyakinan mereka dengan kemampuan serta keupayaan Malaysia sebagai tuan rumah serta kepimpinan PMX yang dihormati.
Sekaligus ia merupakan satu platform berimpak tinggi, bukan sahaja mengenai sektor pertahanan dan keselamatan, tetapi juga suatu medan penting dalam memperkukuh kerjasama strategik, pertukaran kepakaran serta memperkasa keupayaan keselamatan negara selaras dengan cabaran semasa.
BERKONGSI KEPAKARAN
Sepanjang pameran DSA dan NATSEC Asia ini diadakan, ia bukan sahaja sebagai medan mempamerkan teknologi serta aset pertahanan terkini, malah menjadi tempat pertemuan pemimpin dunia, delegasi kanan dan pemain industri bagi membina jaringan, berkongsi kepakaran serta meneroka peluang baharu dalam perniagaan.
Antara teras teknologi termaju yang ditampilkan kali ini termasuk Sistem Autonomi & Robotik, Pertahanan Digital & Siber dan Teknologi Sensor & Elektronik.
Selain pameran teknologi dan aset pertahanan, acara ini turut menjadi medan pertemuan pemimpin, delegasi kanan serta pembuat dasar dari seluruh dunia.
Hubungan dan perbincangan yang terjalin sepanjang penganjuran dijangka memberi impak berpanjangan terhadap pembangunan sektor pertahanan dan keselamatan global.
Dengan adanya pameran bertaraf dunia ini, Malaysia terus menonjol sebagai destinasi pelaburan berdaya saing dengan prestasi ekonomi kukuh, keupayaan dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi seperti semikonduktor dan aeroangkasa.
Justeru, pameran DSA dan NATSEC Asia terus mengekalkan peranannya sebagai platform berwibawa yang menyokong penglibatan strategik, kerjasama bertanggungjawab serta perkongsian bermakna dalam mendepani cabaran keselamatan.
Malaysia secara langsung menggambarkan keyakinan global terhadap negara ini sebagai hab kerjasama stategik dan inovasi teknolongi.
Memasuki edisi ke-19, pameran DSA terus mengukuhkan peranannya sebagai platform antarabangsa penting dalam sektor pertahanan dan keselamatan. Dengan tema ‘Enhancing Capabilities and Resilience Through Technology’, pameran kali ini menghimpunkan lebih 1,456 syarikat dari 63 negara sekali gus mencerminkan keyakinan global terhadap Malaysia sebagai hab kerjasama strategik dan inovasi teknologi.
Sepanjang acara ini bukan sahaja mempamerkan teknologi serta aset pertahanan terkini, malah menjadi medan pertemuan pemimpin dunia, delegasi kanan dan pemain industri bagi membina jaringan, berkongsi kepakaran serta meneroka peluang baharu.
Antara teras teknologi termaju yang ditampilkan termasuk Sistem Autonomi & Robotik, Pertahanan Digital & Siber dan Teknologi Sensor & Elektronik.
Malaysia terus menonjol sebagai destinasi pelaburan berdaya saing dengan prestasi ekonomi kukuh, pengukuhan mata wang serta keupayaan dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi seperti semikonduktor dan aeroangkasa.
Selain pameran teknologi dan aset pertahanan, acara ini turut menjadi medan pertemuan pemimpin, delegasi kanan serta pembuat dasar dari seluruh dunia.
Hubungan dan perbincangan yang terjalin sepanjang penganjuran dijangka memberi impak berpanjangan terhadap pembangunan sektor pertahanan dan keselamatan global.
Justeru, pameran DSA & NATSEC Asia terus mengekalkan peranannya sebagai platform berwibawa yang menyokong penglibatan strategik, kerjasama bertanggungjawab serta perkongsian bermakna dalam mendepani cabaran keselamatan masa kini.-Media Perpaduan
