Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUANTAN: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama menyediakan kemudahan pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan AI itu menyasarkan 3,000 pelajar di institut pengajian dan institut pengajian Islam di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Pulau Penang.

“Oleh itu, semua pelajar akan terdedah dengan AI dengan pemikiran kritis dan inovasi digital,” katanya ketika berucap pada Himpunan Anak Pahang MADANI 2026 di perkarangan UTC Kuantan, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Lebih 7,000 hadir khususnya belia bagi memeriahkan himpunan berlangsung tiga hari bermula hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata pendidikan bukan hanya untuk memperoleh sijil atau ijazah tetapi untuk menjadikan manusia yang boleh berfikir secara positif.

Pada himpunan itu, Anwar mengumumkan peruntukan naik taraf gelanggang futsal di Kampung Bukit Bay Route, di sini berjumlah RM600,000.

Katanya, sejumlah RM500,000 pula bagi kemudahan dewan pembelajaran baharu Pusat pengajian Islam Ribat Al Mustafa, Sungai Karang di sini untuk pelajar tahfiz.-BH Online