KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga dan veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan anggota polis yang sentiasa bersedia menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan, demi keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara.
Sultan Ibrahim bertitah, pengorbanan warga PDRM yang bersedia menjalankan tugas dalam sebarang keadaan termasuk ketika musim perayaan dan situasi kecemasan, amat dihargai kerana mereka antara benteng utama keselamatan negara.
“Semoga Allah sentiasa melindungi seluruh warga pasukan polis dalam setiap tugas dilaksanakan.null
“Al-Fatihah buat mereka yang sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan syuhada,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini. – BERNAMA
