Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

JOHOR BAHRU, 21 Mac – Lebih 20,000 rakyat pelbagai kaum menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana, Johor Bahru, pagi tadi.

Kemeriahan sambutan Aidilfitri diraikan pelbagai lapisan masyarakat selain hidangan tradisi seperti laksa Johor, sate dan nasi beriani.

Kesempatan itu memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk mendekati pemimpin negeri selain memeriahkan suasana Aidilfitri.

Majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri itu juga mencerminkan keharmonian dan semangat muafakat yang menjadi teras dalam masyarakat meraikan setiap perayaan di Johor.

Terdahulu, Datuk Onn Hafiz turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama tetamu, menambah lagi kemesraan suasana dalam majlis berkenaan.

Antara pemimpin yang hadir termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Mohd Hairi Mad Shah dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.-Berita RTM