KUALA LUMPUR: Stadium Juara di Bukit Kiara berpotensi dijadikan pusat latihan tambahan kepada skuad badminton negara bagi menampung keperluan latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, cadangan itu sedang diteliti selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengemukakan permohonan untuk menggunakan kemudahan berkenaan.
Menurutnya, lokasi Stadium Juara yang berada berhampiran ABM menjadikannya pilihan sesuai bagi memudahkan urusan logistik serta menjimatkan masa perjalanan pemain dan jurulatih.
“Perkara ini ada dibangkitkan ketika kunjungan BAM ke pejabat saya kira-kira dua minggu lalu. Bagi saya, Stadium Juara sangat sesuai kerana lokasinya dekat dengan ABM.
“Ia akan memudahkan urusan pengangkutan selain membantu menjimatkan masa atlet untuk bergerak antara pusat latihan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke ABM di Bukit Kiara.
Pada lawatan itu, beliau turut dibawa meninjau fasiliti latihan di ABM serta bertemu pemain skuad kebangsaan dan junior yang sedang menjalani latihan.
Taufiq berkata, beliau juga sudah meminta Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama BAM bagi meneliti cadangan penggunaan kemudahan itu.
“Insya-Allah selepas Hari Raya nanti kita akan lihat keputusan terbaik yang boleh dibuat bagi memudahkan atlet dan jurulatih menjalani latihan di sana,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut meluahkan rasa kagum dengan komitmen pemain dan jurulatih yang terus menjalani latihan walaupun ketika berpuasa.
Katanya, dedikasi yang ditunjukkan terutama oleh atlet beragama Islam yang tetap gigih berlatih dalam keadaan berpuasa membuktikan semangat tinggi mereka dalam mengharumkan nama negara.
MIX:
KUALA LUMPUR: Stadium Juara di Bukit Kiara berpotensi dijadikan pusat latihan tambahan kepada skuad badminton negara bagi menampung keperluan latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, cadangan itu sedang diteliti selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengemukakan permohonan untuk menggunakan kemudahan berkenaan.
Menurutnya, lokasi Stadium Juara yang berada berhampiran ABM menjadikannya pilihan sesuai bagi memudahkan urusan logistik serta menjimatkan masa perjalanan pemain dan jurulatih.
“Perkara ini ada dibangkitkan ketika kunjungan BAM ke pejabat saya kira-kira dua minggu lalu. Bagi saya, Stadium Juara sangat sesuai kerana lokasinya dekat dengan ABM.
“Ia akan memudahkan urusan pengangkutan selain membantu menjimatkan masa atlet untuk bergerak antara pusat latihan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke ABM di Bukit Kiara.
Pada lawatan itu, beliau turut dibawa meninjau fasiliti latihan di ABM serta bertemu pemain skuad kebangsaan dan junior yang sedang menjalani latihan.
Taufiq berkata, beliau juga sudah meminta Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama BAM bagi meneliti cadangan penggunaan kemudahan itu.
“Insya-Allah selepas Hari Raya nanti kita akan lihat keputusan terbaik yang boleh dibuat bagi memudahkan atlet dan jurulatih menjalani latihan di sana,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut meluahkan rasa kagum dengan komitmen pemain dan jurulatih yang terus menjalani latihan walaupun ketika berpuasa.
Katanya, dedikasi yang ditunjukkan terutama oleh atlet beragama Islam yang tetap gigih berlatih dalam keadaan berpuasa membuktikan semangat tinggi mereka dalam mengharumkan nama negara.-BH Online
