Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA NERUS, 27 Februari – Sekurang-kurangnya 100 tekong laut dalam tempatan disasar dalam tempoh setahun bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam sektor perikanan negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan,kekurangan tekong tempatan ketika ini amat serius dan memerlukan
tindakan segera.

Ini bagi memastikan hasil laut dalam dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh nelayan tempatan serta meningkatkan keterjaminan makanan negara.

Katanya, program latihan yang dilaksanakan bukan sahaja memberi peluang kepada anak tempatan, malah membuka ruang kepada golongan muda untuk menceburi bidang perikanan laut dalam yang mampu menjana pendapatan lebih tinggi.

“Yang paling penting saya amat gembira hari ini kerana tekong laut dalam telah melalui kursus dan menamatkan latihan dengan cemerlang iaitu 33 orang.

“Satu perkara yang rakyat kita perlu tahu ialah tekong laut dalam ini hampir 100 peratus kita bergantung kepada orang luar daripada Thailand, Myanmar dan Vietnam. Kini kita mula melahirkan tekong laut dalam tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sentuhan AgroMadanidan Iftar bersama Nelayan Kuala Terengganu di sini.

Di Terengganu, 33 peserta berjaya menamatkan latihan tekong laut dalam, sekali gus menjadi kumpulan awal yang akan mengisi keperluan industri tersebut.-Berita RTM